Adakah Anda Tahu Sejarah Pelaksanaan Ibadah Aqiqah Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam?

Ibadah aqiqah menjadi salah satu kebiasaan bagi ibu bapa Muslim yang baru mendapat anak. Ia merupakan tradisi yang sering disambut oleh kaum keluarga dan kenalan beserta dengan juadah kambing golek yang menyelerakan.

Apabila kita menyelusuri sejarah aqiqah, ia sebenarnya telah bermula sejak ribuan tahun. Malah, ia telah dilaksanakan sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi.

Aqiqah Sebelum Islam

Masyarakat Arab Jahiliyyah sememangnya gemar merayakan pelbagai perayaan. Mereka sering menyembelih haiwan untuk penyembahan dan untuk menyatakan kegembiraan menyambut peristiwa yang penting.

Ketika memasuki bulan Rejab, mereka akan menyambutnya dengan menyembelih kambing untuk dimakan bersama keluarga dan jiran tetangga.

Obsesi mereka terhadap penyembelihan haiwan sangat kuat terutama apabila ada keluarga yang baru menyambut kelahiran anak lelaki. Mereka sangat gembira dengan kelahiran bayi lelaki dan mereka menyembelih seekor kambing untuk meraikannya.

Jangan terkejut sekiranya nama yang menjadi musuh Islam ini juga gembira untuk menyambut anak lelaki!

Menurut riwayat, Abu Lahab adalah orang yang paling gembira semasa Rasulullah dilahirkan. Dia sanggup menyembelih 100 ekor unta sebagai tanda gembira dan untuk menghilangkan kesedihan atas kehilangan adiknya Abdullah bin Abdul Mutalib (ayahanda Rasullullah) yang telah meninggal dunia.

Dalil Pelaksanaan Aqiqah Sebelum Islam

Sebelum kedatangan Islam, pelaksanaan aqiqah adalah berlandaskan kepada tradisi Arab Jahiliyyah yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Beberapa elemen dalam tradisi ini telah diubah mengikut garis panduan Islam.

Pelaksanaan aqiqah sebelum kedatangan Islam telah diriwayatkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dari Buraidah.

“Pada zaman Jahiliyah, ketika salah seorang dari kami mempunyai seorang anak lelaki, dia menyembelih kambing dan mencium kepalanya dengan darah kambing. Jadi, setelah Allah membawa Islam, kita menyembelih kambing, dicukur (dicukur) rambut anaknya dan dibasahi dengan minyak wangi.”

Rasulullah juga mengubah tradisi menyapu kepala bayi dengan darah kambing. 

Sebelum Islam, kepala bayi disapu dengan kain kapas yang telah dioles dengan darah seekor kambing yang disembelih. Rasulullah melarang perbuatan tersebut dengan menggantikannya dengan kapas yang telah dioles dengan minyak wangi.

Ini berdasarkan riwayat daripada Ibnu Sakan:

“Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.”

Ibadah Aqiqah Selepas Kedatangan Islam

Walaupun terdapat beberapa elemen tradisi aqiqah Arab Jahiliyyah yang bertentangan dengan Islam, namun ada yang dibenarkan malah terdapat beberapa perubahan dan penambahbaikan yang diteruskan sehingga ke hari ini.

Berikut adalah beberapa perubahan pelaksanaan ibadah aqiqah selepas kedatangan Islam:

Tradisi Aqiqah Arab JahiliyyahIbadah Aqiqah Selepas Kedatangan Islam
Menyapukan kepala bayi dengan darah kambingMenyapukan kepala bayi dengan minyak wangi/air bunga saffron
Sembelih untuk anak lelaki sahajaSembelih untuk anak lelaki (dua ekor kambing) dan untuk anak perempuan (seekor kambing)
Tujuan untuk penyembahan dan kegembiraan semata-mataTujuan untuk mensyukuri nikmat Allah di atas kelahiran anak

Berdasarkan penambahbaikan di atas, ia jelas menunjukkan bahawa ibadah aqiqah adalah tradisi yang benar-benar digalakkan di dalam Islam dengan menggantikan perkara yang buruk dengan perkara yang lebih baik.

Nabi Muhammad SAW juga melaksanakan ibadah aqiqah untuk kedua-dua orang cucunya iaitu Saidina Hasan dan Saidina Husein. 

Ini diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah SAW menyembelih seekor kambing untuk Hasan bin Ali bin Abi Talib dan seekor kambing untuk Husein bin Ali bin Abi Talib.

Tradisi ini terus disambung oleh para sahabat Nabi, tabiin, tabiit tabiin (generasi setelah tabiin) dan ulama-ulama Islam sehinggalah ke hari ini.

Hikmah Melakukan Aqiqah

  • Aqiqah adalah sunat muakkad bagi ibu bapa yang berkemampuan
  • Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kelahiran anak
  • Mendekatkan anak dengan Allah S.W.T sejak bayi lagi.
  • Mengukuhkan hubungan di antara keluarga belah suami dan isteri yang baru mendapat anak.

Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aqiqah untuk umat Islam semula.

Bagi anda yang berhajat untuk menyertai ibadah aqiqah, anda boleh mendaftar dengan Simply Aqiqah.

Simply Aqiqah membantu memudahkan urusan ibu dan bapa yang masih belum melaksanakan aqiqah anak mereka dengan menjalankan perkhidmatan aqiqah di Mekah.

Keistimewaan Simply Aqiqah:

  • Mudah dan cepat – anda boleh membuat pembayaran hanya di di hujung jari samada di komputer atau smartfon.
  • Proses aqiqah dari awal hingga akhir yang dilaksanakan setiap hari di Tanah Suci Mekah.
  • Beribadah sambil berinfaq – anda bukan sahaja menyempurnakan aqiqah untuk anak, malah dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
  • Video sembelihan dihantar kepada anda sebagai bukti sembelihan aqiqah anda telah dilakukan.
  • Percuma 7 hadiah istimewa serta Sijil Kayu Premium sebagai kenangan dengan setiap penyertaan.
  • Boleh menyemak status tempahan di laman web kami untuk rujukan anda.

Raikan Kelahiran Cahayamata Anda Dengan Mengadakan Aqiqah Bersama Simply Aqiqah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *