Corelle Malaysia Set Pinggan Mangkuk

Corelle Malaysia merupakan sebuah jenama kelengkapan set pinggan mangkuk yang sangat dipercayai dan digemari ramai. Ramai ingin beli set pinggan Corelle di Malaysia.

Tidak lengkap rasanya set pinggan mangkuk di rumah tanpa adanya daripada jenama pinggan Corelle. Dibuat dari bahan unik yang dipanggil Vitrelle, set pinggan Corelle bukan sahaja cantik dan praktikal untuk digunakan, malah ada yang menganggapnya sebagai lambang kemewahan.

Banyak faktor yang akan menyumbang kepada pemilihan dan pembelian pinggan mangkuk. Kebiasaannya, pembeli akan melihat kepada ketahanan, tahan calar dan tidak pecah dan tahan kepada suhu tinggi ketuhar gelombang mikro.

Kami yakin majoriti wanita di Malaysia sangat kenal dengan jenama ini. Berasal dari Amerika Syarikat, Corelle dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 1970-an dan terus digilai ramai sehingga kini.

Jika ditanya, peminat setia pinggan Corelle pasti mengakui kualiti dan ketahanan jenama ini walaupun dipakai berkali-kali. Lebih penting, ia juga tahan lama. 

Tak percaya? Lihat sahaja koleksi pinggan Corelle yang dipakai oleh mak-mak kita, ada yang lebih dari 20 tahun namun rupanya masih elok.

Nah, kami kongsikan 10 sebab mengapa anda mesti pilih set pinggan mangkuk dari Corelle untuk kegunaan seisi keluarga di rumah.

  • Tahan pecah
  • Ringan
  • Selamat digunakan
  • Terdapat banyak corak dan warna yang menarik
  • Menjimatkan ruang untuk disimpan kerana buatannya nipis dan boleh dimampatkan
  • Corak yang tidak mudah pudar dan luntur walaupun digunakan berkali-kali
  • Selamat dicuci
  • Tahan retak
  • Selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan penyejuk beku.
  • Harga berpatutan

Corelle sentiasa tampil dengan pelbagai rekaan set pinggan mangkuk yang terbaru dan segar. 

Kali ini, jenama ini hadir dengan set Corelle Santorini Sky yang mempunyai 16 set – rekaan bewarna putih dan turqoise dengan konsep ringkas namun tetap kelihatan elegan. 

Anda boleh dapatkan set pinggan Corelle terbaru ini dengan harga RM390 sahaja hanya di Layby. Anda juga boleh menggunakan skim ansuran mudah tanpa faedah.

Dengan harga yang murah dan berpatutan, anda tidak perlu risau kerana kesemua barangan Corelle yang dijual di Layby adalah Original.

Lebih menarik, set ini juga didatangkan dengan enam penutup khas iaitu dua biji untuk mangkuk bersaiz besar dan 4 biji lagi untuk mangkuk sup dan bijirin. 

Jadi ibu-ibu tak perlu risau sekiranya ada makanan yang tidak habis, tak perlu lagi ditukar dan disimpan di dalam bekas yang lain, sebaliknya hanya menggunakan penutup dari set yang sama.

Penutup bewarna putih itu diperbuat daripada plastik yang bebas kandungan BPA (Bisphenol-A) sekaligus memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pengguna.

Klik Link –> Corelle Santorini Sky


Top 7 agencies cleaning service you should consider.

Anda boleh jual secara online di shoppee

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *