Jangan Berlengah Untuk Rawat Sakit Urat

5 Petua Hilangkan Sakit Urat Saraf

Sakit Urat – Terdapat beberapa petua bagi menghilangkan kesakitan dialami yang boleh dicuba, antaranya:

  1. Mengawal berat badan

Berat badan boleh memberi kesan besar kepada gejala artritis. Berat berlebihan memberi lebih banyak tekanan pada sendi, terutamanya lutut, pinggul dan kaki anda 3.

Berdasarkan garis panduan American College of Rheumatology and Arthritis Foundation (ACR / AF) adalah amat disaran untuk anda menurunkan berat badan jika anda menghidap Osteoporosis dan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

  1. Pengambilan ubat tahan sakit

Terdapat ubat-ubatan yang dapat merawat gejala arthritis, seperti ubat tahan sakit dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) 4. Selain itu, ubat tahan sakit ini juga berkesan untuk kecederaan ringan seperti terseliuh, kekejangan atau akibat pergerakan berlebihan.

Pengambilan ubat ini boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda jika sebelum mengambit ubat ini.

  1. Melakukan senaman secara berkala

Sekiranya anda mengalami artritis, melakukan aktiviti fizikal dipercayai dapat membantu 5 untuk:

  • Mengawal berat badan
  • Menjaga kelenturan sendi
  • Menguatkan otot sekitar sendi yang dapat memberikan lebih sokongan

Sebaiknya senaman disarankan adalah yang berintensiti rendah seperti:

  • Melakukan aktiviti berjalan kaki
  • Berbasikal
  • Tai chi dan yoga
  • Aktiviti melibatkan sukan air
  • Berenang
  1. Terapi panas dan sejuk

Antara petua hilangkan sakit urat saraf yang paling senang adalah dengan melakukan rawatan panas dan sejuk bagi membantu melegakan kesakitan serta keradangan arthritis 6.

  • Rawatan terapi panas boleh merangkumi mandi atau berendam air panas di pagi hari untuk membantu mengurangkan kekejangan. Selain itu, penggunaan selimut elektrik atau pad pemanasan lembap juga boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan pada waktu malam
  • Manakala rawatan terapi sejuk dapat meredakan sakit sendi, bengkak dan keradangan. Balut pek gel ais atau beg sayur beku dengan tuala dan sapukan pada sendi yang menyakitkan untuk memberikan kelegaan cepat. Harus diingatkan, jangan sekali-kali menggunakan ais terus ke kulit, okay?
  1. Melindungi sendi

Kecederaan yang berlaku pada sendi boleh menyebabkan atau memburukkan lagi artritis. Untuk bersenam, pilih aktiviti yang mudah di sendi seperti berjalan kaki, berbasikal, dan berenang.

Melakukan aktiviti berimpak rendah mempunyai kadar risiko kecederaan rendah dan tidak akan menyebabkan tekanan pada sendi 3. Kecederaan sendi berpunca daripada sukan atau pekerjaan yang dilakukan boleh meningkatkan kemungkinan untuk anda diserang osteoartritis.

Maka untuk mengurangkan kemungkinan terkena atau memburukkan lagi osteoartritis, mengambil langkah pencegahan dan mengelakkan kecederaan pada sendi seperti memakai alat pelindung dan menghindari pergerakan berulang pada sendi terjejas amat disarankan.

Cara yang dikongsikan di atas mungkin berkesan sebagai petua hilangkan sakit urat saraf dan kesakitan sendi. Pun begitu, anda dinasihatkan untuk melakukan rundingan doktor bagi mengetahui cara yang berkesan dan terbaik bagi mengatasi masalah sakit sendi yang dialami.

Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini berguna!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *