Persediaan Bersalin Yang Bakal Ibu Wajib Tahu

Apabila mendekati tarikh jangkaan bersalin, pastinya setiap ibu berdebar dan tidak sabar menunggu ketibaan si kecil.

Terutamanya bagi ibu yang mengandungkan anak pertama.

Pastinya teruja dan kalau boleh ingin bersiap sedia selengkapnya sebelum melahirkan anak pertama mereka. 

Tapi pastinya ada yang tertanya, apakah persediaan yang perlu mereka lakukan?

Adakah persiapan bersalin ini hanya untuk material si kecil sahaja atau persiapan mental dan fizikal si ibu juga diperlukan? 

Ibu-ibu jangan risau kerana anda berada di tempat yang tepat untuk menjawab persoalan anda.

Persediaan Bersalin Yang Mesti Diberikan Perhatian

Persediaan menyambut si kecil perlulah dilakukan seawal fasa 3 kehamilan iaitu 3 bulan sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi anda.

persediaan bersalin
  1. Barang keperluan bayi

Secara umumnya, anda perlu pastikan barang keperluan bayi adalah mencukupi. 

Kalau takut terlupa, buat satu senarai untuk anda rujuk.

Antara keperluan bayi adalah set pakaian, lampin, bedung, selimut, stokin, barang mandian, set tempat tidur, perubatan, set penyusuan dan selebihnya adalah apa yang rasa diperlukan. 

  1. Hospital untuk bersalin

Kenapa anda perlu buat persediaan memilih hospital yang mana?

Anda perlu faham, bayi anda boleh keluar bila-bila masa sahaja jadi anda perlu tiba di hospital dengan pantas.

Carilah hospital yang dekat dengan rumah, servis yang baik dan berada dalam lingkungan kemampuan kewangan anda.

persediaan bersalin
  1. Cuti bekerja

Selepas sahaja tahu tarikh jangkaan kelahiran bayi anda, mulakan perancangan memilih tarikh cuti bersalin.

Anda akan memudahkan diri anda dan majikan untuk mencari pengganti sementara anda bercuti nanti.

  1. Scan bayi

Masa yang sesuai untuk membuat scan adalah pada fasa 2 atau fasa 3 kandungan.

Scan kehamilan adalah untuk melihat kondisi fizikal bayi.

Anda juga boleh membuat persediaan mental jika bayi anda dikesan mempunyai ketidaksempurnaan (minta-minta dijauhkan daripada anak kita semua).

Anda juga boleh melihat jantina bayi anda yang boleh memudahkan anda membuat persiapan awal bagi si kecil.

persediaan bersalin
  1. Berpantang 

Anda perlu mula merancang untuk berpantang di rumah sendiri, rumah ibu mertua atau rumah ibu bapa anda.

Membuat perancangan di mana anda berpantang adalah penting supaya dapat menyediakan keperluan pantang di sana.

Kalau lepas bersalin baru nak merancang, mesti akan kelam kabut kerana anda pasti ingin beristirehat dan tidak mahu memikirkan terlalu banyak perkara lain.

  1. Confinement Lady

Bidan zaman sekarang dipanggil confinement lady dan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang yang lengkap.

Antaranya adalah bertungku, berurut, bertangas, masak makanan berpantang, pengurusan bayi, pemakaian bengkung dan mandi herba.

Dibandingkan dengan zaman dahulu, bidan hanya datang sehari atau dua hari untuk bantu mengurut dan menguruskan bayi.

Tapi sekarang, pakej agensi confinement lady ini boleh dipilih mengikut bajet anda. 

Buatlah tempahan seawal 3 bulan sebelum bersalin, kalau tidak pastinya bidan sudah ditempah sepenuhnya. 


4 reasons why toilet ventilation is important.
The best air filtration system in malaysia and 3 types of smoke ventilation system in malaysia you should know.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *