Perubatan di Mesir: Kelebihan dan kekurangannya

Mengambil jurusan perubatan ( medic mesir ) sebenarnya bukanlah pilihan pertama saya..tetapi setelah di nasihatkan oleh ayah, saya terpaksa mengambil bidang ini… alhamdulillah… timbul minat akhirnya setelah berada di tahun 3 perubatan terhadap bidang medik ini… 

Ramai sebenarnya student Malaysia yang telah dan sedang belajar di negara Mesir, dalam lebih kurang 10 000 student sebenarnya.

Tapi dalam banyak-banyak pelajar tersebut tak ramai yang ingin berkongsi pengalaman mereka di alam maya.  Jadi saya rasa biarlah saya menulis sesuatu tentang belajar medik di negara Mesir ini. 
Saya datang ke negara Mesir ini sekitarOktober 2010 melalui KPT dan alhamdulillah berjaya menempatkan diri disalah sebuah universiti di Mesir iaituTanta University.

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu atau pernah dengar nama Tanta Universiti ini.. tapi jika di negara Mesir, university ini adalah antara universiti top 10 terbaik di dalam negara. 

Pelajar Malaysia kebanyakkannya tertumpu di 8
buah universiti Mesir antaranya ialah Univeriti Kaherah, Universiti Ainsham, Universiti Al Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Assiut. Kesemua universiti ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kecuali Universiti Assiut) dan kelulusan pelajar dari universiti ini boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.

Di Tanta Universiti sahaja sekitar hampir 1000 pelajar Malaysia pernah dan sedang belajar disini. Banyak antara pakar-pakar perubatan Malaysia juga merupakan bekas pelajar di universiti Tanta antaranya Dr Abdul Rani Osman (ADUN Selangor) dan Dr Sumitra Patmanathan (Pakar Bius).

Rekemen ambil Medic Mesir Al-Azhar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *