Kesakitan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuk:
- Umur
Semakin meningkat umur, bahagian luaran yang melindungi disc akan semakin haus. Lalu, mengakibatkan disc lebih mudah bergerak dari tempat asal.
- Mengangkat objek yang berat
Dengan mengangkat objek berat, akan menyebabkan tekanan yang tinggi pada tulang belakang. Secara tidak langsung, menyebabkan disc bergerak hingga mendatangkan sakit.
- Berat badan yang melampau
Tulang belakang tidak mampu untuk menampung berat badan yang melampau, lalu menyebabkan slip disc berlaku.
- Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama
Jika anda melakukan aktiviti yang sama dalam keadaan statik, seperti memandu untuk tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang.
- Trauma seperti kecederaan semasa bersukan atau kemalangan
Kesan kecederaan lalu menjadikan anda terdedah pada slip disc.
- Jarang bersenam
Gaya hidup yang tidak aktif tanpa regangan dan senaman akan menyebabkan otot di badan keras dan tidak fleksibel. Lalu berisiko untuk mengalami slip disc.
Tanda-Tanda Slip Disc
Terdapat beberapa tanda awal yang perlu diambil berat. Slip disc boleh dikenalpasti melalui simptom seperti:
- Sakit dan kebas selalunya pada bahagian sebelah badan sahaja
- Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
- Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
- Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
- Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
- Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang
Simptom slip disc ini mungkin berbeza, mengikut badan seseorang.