Rumah Mampu Milik: Syarat-Syarat Serta Skim Pemilikan Rumah Yang Anda Wajib Ketahui

Memiliki rumah mampu milik merupakan impian setiap orang di Malaysia, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai keluarga dan ingin mendiami rumah sendiri.

Namun begitu, anda harus memiliki kriteria-kriteria yang bersesuaian untuk memiliki rumah kos rendah dan mengetahui cara-cara membeli rumah dengan betul.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang syarat-syarat kelayakan permohonan rumah kos rendah serta skim-skim rumah mampu milik yang anda boleh rujuk.

Syarat-syarat Memohon Rumah Mampu Milik

Di antara syarat-syarat untuk memohon rumah mampu milik adalah seperti berikut:

– Warganegara Malaysia

– Memiliki kad pengenalan Malaysia

– Berusia 20 tahun ke atas

– Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 8,000 sebulan.

Sekiranya anda memiliki kriteria-kriteria seperti di atas, anda boleh mula membuat permohonan melalui skim-skim rumah mampu milik di Malaysia.

10 Skim Rumah Mampu Milik di Malaysia

skim rumah mampu milik

Berikut merupakan 10 skim rumah mampu milik yang anda boleh rujuk untuk membuat permohonan.

1. Skim Perumahan Awam Kos Rendah DBKL

Skim perumahan ini wujud sebagai satu alternatif untuk golongan miskin serta mereka yang tergolong dalam golongan B40 yang ingin memiliki rumah sendiri.

2. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) 2020

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana bagi pembelian rumah pertama melalui skim MyHome untuk mereka yang bekerja di dalam sektor swasta.

3. Skim Program Perumahan Rakyat (PPR)

PPR merupakan program yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia.

Skim ini terdiri daripada dua kategori iaitu PPR dimiliki dan PPR disewa. 

4. Rumah Mesra Rakyat (RMRPLUS) 2020

Skim Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS ini ditubuhkan oleh Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) untuk membantu golongan B40 yang masih belum memiliki rumah sendiri.

5. Kediaman PR1MA

Skim kediaman PR1MA ini ditawarkan bagi seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan di antara RM2,500 sehingga RM15,000.

Kediaman PR1MA ini terletak di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh Malaysia dan kawasan berkomuniti dengan harga di antara RM100,000 hingga RM400,000.

6. Skim Rumah Pertamaku (SRP) Bagi Pekerja Sektor Swasta

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan inisiatif rumah pertama iaitu Skim Rumah Pertamaku (SRP) di dalam Belanjawan 2011. 

Skim ini membantu pembeli rumah pertama yang mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM10,000 dan ianya tertakluk kepada RM5000 bagi setiap pemohon.

7. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020

Bagi mereka yang tidak mempunyai penyata gaji bulanan dan mempunyai pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan, mereka masih berpeluang untuk memiliki rumah idaman.

Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ini, anda berpeluang untuk memiliki rumah pertama yang berharga sehingga RM300,000.

8. Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome

Bagi warganegara Malaysia bujang atau sudah berkahwin, anda mampu memiliki rumah pertama melalui Skim Perumahan Belia (SPB) ini.

Dengan adanya skim SPB ini, golongan belia kini mampu membeli rumah yang berharga RM500,000 dan ke bawah.

9. Skim Perumahan Rumah Mesra Rakyat (SPNB) 2020

Skim Perumahan Mesra Rakyat Plus RMRPLUS ini diwujudkan oleh SPNB bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah.

10. Rumah Mampu Milik RUMAWIP

RUMAWIP ditubuhkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan untuk memiliki rumah sendiri.

Di antara syarat kelayakan RUMAWIP adalah pemohon mesti mempunyai pendapatan bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM15,000.

Program RUMAWIP ini hanya dijalankan di kawasan Putrajaya, Labuan serta Kuala Lumpur dengan harga RM52,000 hingga RM300,000.

Sekiranya anda berminat dan memiliki kelayakan untuk memiliki rumah mampu milik seperti di atas, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi skim-skim tersebut. 

Tips Beli Rumah Mampu Milik

Pengetahuan mengenai cara-cara membeli rumah dengan betul adalah penting sebagai panduan berguna sebelum membeli rumah.

Berikut adalah tips-tips yang anda boleh ikuti untuk membeli rumah pertama anda.

1. Asingkan Wang untuk Dijadikan Deposit Rumah

Pastikan anda mengasingkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan anda untuk membayar wang pendahuluan membeli rumah. 

Bukan itu sahaja, anda juga dinasihatkan agar menetapkan masa menyimpan yang realistik agar anda terus berdisiplin dan tekun menyimpan wang tersebut.

Walaupun anda akan berasa seperti ianya mustahil, tetapi dengan ketekunan dan kesabaran, pasti anda dapat membeli rumah menggunakan wang simpanan anda itu.

2. Pilih Pinjaman Perumahan Terbaik

Sekiranya anda ingin membuat pinjaman perumahan, pastikan anda memilih pinjaman yang terbaik berdasarkan kadar faedah yang ditawarkan.

Buat kaji selidik mengenai kadar faedah yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan tertentu.

Rujuk laman web seperti Loan Street, Ringgit Plus serta Imoney bagi membantu anda membuat perbandingan pinjaman perumahan yang ditawarkan di Malaysia.

Secara puratanya, pinjaman perumahan di Malaysia menawarkan kadar faedah sebanyak 4.2% sehingga 4.4%.

3. Dapatkan Bantuan Skim Perumahan Kerajaan

Selain itu, anda boleh menggunakan skim perumahan kerajaan di mana ianya akan memudahkan urusan jual beli kediaman baru anda.

Terdapat pelbagai jenis perumahan kerajaan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Antaranya adalah rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), MYHOME, dan My First Home (SRP).

Namun, anda hanya boleh memohon skim ini sekiranya anda berkelayakan sahaja.

Kesimpulan

Dengan adanya skim-skim yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia, peluang untuk memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan amatlah cerah.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pinjaman perumahan di mana ianya membuatkan proses jual beli rumah anda lebih mudah dan lancar.

Sekiranya anda masih lagi keliru tentang proses pembelian rumah dan masih tercari-cari saluran yang betul untuk membeli rumah, anda boleh rujuk Benahous.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia  membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous. 

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.


There are too many frauds and scams to list them all, so here is a checklist to help you think things through and avoid traps for the unwary .
1. Protection plan
2. Insurans
3. Tuntutan insurans

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *