Sakit Pinggang (Back Pain) – Apakah penyebab dan bagaimanakah gejala-gejalanya

Sakit pinggang mungkin disebabkan oleh masalah di bahagian tulang, otot, organ – organ di bahagian tersebut, kecederaan ataupun masalah saraf.

Sakit pinggang dari masalah tulang

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang selalunya berada di tengah- tengah bahagian belakang.

Penyebabnya :

  • Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
  • Patah tulang rusuk
  • Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
  • Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
  • Kemampatan cakera intervertebral
  • Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
  • Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot

Ia dipanggil Lumbago.

Penyebabnya :

  • Otot belakang yang terseliuh
  • Ketegangan otot belakang

Sakit pinggang disebabkan masalah organ

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah organ di bahagian tersebut di bezakan mengikut lokasinya ke sakit pinggang sebelah kanan dan sakit pinggang sebelah kiri. Manakala sakit pinggang dari punca lain boleh ada di kedua – dua belah.

  • Sakit belakang sebelah kanan :

Masalah hempedu seperti infeksi, ataupun obstruksi ke asid hempedu.

Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya

  • Sakit belakang sebelah kiri :

Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya

Untuk golongan wanita, sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh masalah dengan rahim dan juga ovari. Masalah seperti fibroid ataupun risa lendir ovari juga boleh menyebabkan sakit pinggang.

Sakit pinggang disebabkan oleh trauma

Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh trauma ke bahagian belakang yang boleh mencederakan mana – mana organ, tulang ataupun otot di situ.

Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh masalah saraf seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman.

KLIK SAKIT PINGGANG UNTUK BACA LEBIH LANJUT BERKENAAN SAKIT PINGGANG

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *