Senarai Lengkap Barang Keperluan Bayi

Barang Keperluan Bayi

1. Pakaian

Memang seronok sebenarnya shopping pakaian bayi, banyak pilihan pakaian yang menarik dan comel di luar sana.

Jika anda mempunyai anak yang kecil berumur sebulan hingga 12 bulan, anda perlukan set pakaian bayi yang banyak.

Ini kerana anda perlu beberapa jenis baju untuk situasi yang berbeza seperti baju di rumah, baju jalan dan sebagainya. 

Satu tip yang anda perlu ingat adalah tidak semua bayi mempunyai saiz yang sama seperti bayi lain. 

Sebagai contoh, baju yang dijual untuk yang berumur 3 bulan mungkin tidak muat untuk anak anda kerana mereka mempunyai saiz yang lebih besar.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melihat panduan saiz yang disediakan oleh syarikat pakaian tersebut untuk tahu saiz yang sesuai untuk anak anda. 

Berikut adalah beberapa cadangan kuantiti baju yang diperlukan untuk bayi:

  • Baju tidur – 7-9 pasang
  • Pakaian terus sarung (bodysuit) – 5-7 pasang
  • Sarung kaki dan sarung tangan – 5-7 pasang
  • Topi – 2 pasang

2. Barang Mandian

Untuk bayi yang baru lahir, mereka memerlukan sabun dan peralatan yang spesifik kerana mereka sangat sensitif pada umur sebegini.

Oleh itu, anda perlu memastikan set mandian yang anda sediakan sesuai dengan mereka untuk mengelakkan masalah berlaku.

Anda disarankan untuk membeli tab mandi bayi untuk memudahkan anda apabila memandikan anak kecil anda. 

Selain itu, anda juga perlu menggunakan sabun dan shampoo yang sesuai untuk bayi. 

Anda juga boleh membeli perkara di bawah untuk memudahkan urusan anda:

  • Tuala bayi – 2-3 helai
  • Mainan bayi untuk menarik perhatian mereka
  • Kain lap bayi

3. Barang Tidur

Anda juga perlu menyediakan barangan tidur untuk anak kecil anda. Perkara utama yang anda perlukan adalah katil bayi yang sesuai dengan saiz bayi anda.

Ini untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa semasa mereka tidur. Selain itu, anda juga boleh membeli selimut dan pelapik tilam bayi.

Tilam yang digunakan juga perlu mempunyai kualiti yang bagus dan yang penting selesa untuk anak anda tidur dengan lena. 

Selain itu, jika anak anda tidur dalam bilik asing, anda boleh membeli monitor bayi untuk memantau mereka dari jauh.

4. Set Lampin

Set lampin juga merupakan barang keperluan bayi yang anda perlu miliki.

Pad menukar lampin bayi sangat berguna untuk anda beli kerana ia akan memudahkan anda untuk menukar lampin anak.

Ia juga lebih praktikal berbanding anda menukar lampin mereka di atas sofa atau katil.

Set tisu basah penting untuk mencuci bahagian yang kotor ketika tiada air dan minyak bayi juga berguna untuk mengelakkan anak anda dari mengalami masalah kulit.

Perkara ini juga sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana seperti kedai makan atau supermarket sekiranya lampin anak anda perlu ditukar semasa anda keluar.

5. Set Menyusu

Bagi ibu yang menyusu, terdapat beberapa barang yang anda boleh beli untuk memastikan anda dan juga bayi berada dalam keadaan yang selesa.

Satu barang yang sangat membantu adalah bantal nursing kerana ia bertujuan untuk mengelakkan anda dari berasa sakit di bahagian bahu dan leher semasa menyusu anak anda.

Anda juga boleh membeli nursing bra dan losyen supaya anda tidak mengalami masalah kesihatan semasa anda menyusu bayi anda.

Berikut juga merupakan beberapa barang yang anda boleh beli untuk set menyusu:

  • Botol menyusu – 6-12
  • Pam payudara
  • Bib untuk anak anda
  • Susu formula jika anda tidak menyusu

6. Set mainan dan lain-lain

Set mainan bukan sahaja dapat menggembirakan anak anda, ia juga boleh merangsang sel-sel otak anak anda kerana mereka sedang belajar perkara baru.

Contohnya, mainan seperti bentuk kubus yang memerlukan kanak-kanak untuk memasukan barang mengikut bentuk akan membantu anak anda untuk mengenali bentuk-bentuk itu.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil tahu tentang barang keperluan bayi untuk memudahkan urusan harian.

Jika anda sedang mencari barang penjagaan bayi seperti losyen badan, minyak rambut, krim bayi dan sabun mandian, dapatkannya di Tropika.my

TROPIKA merupakan salah satu jenama produk bayi yang menggunakan bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara dan herba dalam produk mereka. 

Antara produk pilihan ibu masa kini ialah, BABY HAIR & BODY OIL dan NATURAL BUBBLE WASH.

BABY HAIR & BODY OIL dapat melembabkan kulit dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi. Ianya mempunyai 3 jenis wangian iaitu lavender, sweet dan happy. 

Selain memberi kesihatan yang optimum pada kulit, ia juga membantu menggalakkan pertumbuhan dan melebatkan rambut.

NATURAL BUBBLE WASH adalah mandian dan syampu yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan utama dan sesuai bagi semua jenis kulit bayi. 

Sifatnya yang lembut dan tidak memedihkan mata menjadi pilihan utama ibu-ibu.

Dapatkan Produk TROPIKA Di Sini

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *