Amalan Mandi Herba Terbaik Untuk Wanita Lepas Bersalin

Penyediaan Mandian Herba

Bahan-bahan mandian herba

  1. Daun limau purut
  2. Daun senduduk
  3. Daun kunyit
  4. Daun lengkuas
  5. Daun inai
  6. Serai wangi
  7. Daun pandan
  8. Daun halia
  9. Pucuk jambu batu
  10. Daun serai

Cara penyediaan mandian herba

  1. Masak menggunakan periuk tanah untuk hasil yang terbaik.
  2. Basuh bersih bahan-bahan yang telah disediakan dan jerang bersama air diatas api yang sederhana,
  3. Setelah selesai campurkan sedikit air paip bagi tujuan menurunkan suhu air rebusan tadi sehingga menjadi suam-suam kuku sahaja.

Cara Mandi Herba

  • Ambil air rebusan tadi ulang semula jirusan dari kaki kanan hingga ke bahu kanan dan diulang ke belah kiri selepas itu barulah mandi seperti biasa mengunakkan air rebusan tadi  ke keseluruhan badan tanpa bilas bagi mengekal kan kesegaran khasiat dedaun itu.

 Kebaikan Mandi Herba

  • Dapat mengeluarkan angin di dalam badan.
  • Mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
  • Aroma terapi kerana baunya yang segar
  • Menghilangkan bau badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Memulihkan tenaga
  • Antiseptik secara semulajadi

Cara untuk Bertungku:

Bahagian yang disaran untuk dituam:

– Bahagian peranakan

– Bahagian keliling payudara

– Bahagian tengkuk

– Bahagian belakang pinggang

Cara Penggunaan:

1. Panaskan air di dalam pengukus sehingga mendidih

2. Letakkan sebiji tungku herba ke atasnya

3. Stimkan selama 15 minit

4. Kemudian tekapkan atas perut ibu dan biarkan airnya meresap ke dalam kulit

**1 biji tungku herba boleh tahan selama 2-3 minggu

** Selepas digunakan, perlu dijemur di tempat panas supaya kayu herba di dalamnya tidak busuk

Selepas itu boleh memakai bengkung seperti biasa.


khasiat susu kambing | kebaikan susu kambing | perniagaan online | bisnes online | susu kambing

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *