Baju kurung merupakan baju tradisional yang dipakai oleh wanita Melayu sejak zaman dahulu lagi. Kini, terdapat rekaan baju kurung moden, selaras dengan peredaran masa.

Sebelum kami berikan cadangan, kami akan jelaskan terlebih dahulu jenis-jenis baju kurung yang ada di Malaysia. 


Berikut merupakan jenis-jenis baju kurung yang sering menjadi tumpuan dan idaman wanita Malaysia: 

Baju Kurung Moden

Baju kurung moden menjadi pilihan zaman kini tanpa mengira peringkat umur si pembeli. 

Cutting-nya yang lebih cantik mengikut bentuk badan membuatkan si pemakai tampil lebih anggun dan bergaya. 

Jadi, baju kurung moden sebenarnya sesuai untuk dipakai semasa interview (baju kurung interview). 

Baju Kurung Kedah

Baju kurung kedah menyerupai baju blouse / blaus yang singkat dan dipadankan dengan kain sarung atau kain batik.

Material yang digunakan selalunya daripada cotton yang bercorak bunga kecil. Si pemakai tampil lebih ayu dan manis bila memakainya.

Baju Kurung Pahang

Cutting  baju kurung Pahang lebih selesa untuk si pemakai yang suka tampil lebih tinggi dan sopan. 

Sesuai dipakai pada orang yang lebih tinggi kerana kurung ini mempunyai ukuran baju yang melepasi paras lutut. 

Selain itu, baju kurung Pahang mempunyai cutting yang kembang dan labuh pada bahagian bawah baju. 

Baju Kurung Pesak

Wanita melayu dahulu yang suka akan klasik lebih gemar memakai baju kurung pesak. 

Hal ini kerana ia mempunyai potongan pada bahagian tepi kiri dan kanan baju. 

Baju Kurung Peplum

Pada yang suka penampilan seakan princesslebih gemar memakai kurung peplum. 

Rekaannya yang beralun di bahagian pinggang baju menampakkan si pemakai seperti anak patung yang comel

Baju kurung di Fana Couture sangat selesa, breathable dan sejuk.

Sesuai untuk dipakai mengikut keperluan samada untuk dijadikan baju kurung raya, dipakai ke pejabat / kelas atau bersiar-siar lebih-lebih lagi dengan tawaran harga mampu milik.

Turut dipanggil sebagai casual women wear baju kurung seperti blouse / blouse kerana boleh dikenakan dengan pelbagai gaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *