Breast pump merupakan peralatan penyusuan bayi yang digunakan untuk mengepam susu badan si ibu selepas tamat tempoh bersalin.
Terdapat 2 jenis breast pump iaitu manual dan juga automatik.
Kebiasaannya, breast pump manual boleh didapati dalam saiz kecil. Ini memudahkan si ibu untuk membawa ia kemana sahaja.
Pam jenis ini lebih sesuai untuk digunakan oleh para ibu yang mengepam secara berkala, misalnya surirumah.
Manakala breast pump automatik (seringkali dirujuk sebagai elektronik) menggunakan sumber elektrik sebagai power source utama.
Antara power source yang anda boleh gunakan adalah seperti bateri (AAA/AA) ataupun power bank.
Buat para ibu yang sedang menyusukan anak, anda diingatkan untuk membeli breast pump yang bersesuaian dengan bajet.