Perbezaan Antara Kurung Moden dan Kurung Tradisional 

perbezaan baju kurung moden dan baju kurung tradisional

Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional dan menjadi pakaian rasmi masyarakat melayu di Malaysia. 

Kebiasaannya, pemakaian baju kurung ini menjadi pilihan utama ketika hari raya, perkahwinan, pertunangan, serta acara rasmi. 

Terdapat pelbagai variasi antaranya Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. 

Pereka fesyen tempatan mengetengahkan lagi idea untuk memajukan baju kurung supaya tidak lapuk ditelan dek zaman. 

Disebabkan itu, terjadilah baju kurung moden yang diilhamkan dengan pelbagai jenis variasi baru. 

Antaranya ialah baju kurung peplum, baju kurung dress, baju kurung saree, baju kurung pleated dan sebagainya. 

Pelbagai variasi ini dapat dijadikan sebagai baju kurung raya dan baju kurung interview kerana cukup bergaya, sopan dan kemas.

Tetapi, apakah perbezaan yang ada dalam rekaan baju kurung moden dan tradisional ini? 

Berikut adalah perbezaannya: 


Pesak di sisi baju

Aksesori

Ukuran potongan badan

Mempunyai zip pada baju 

Penggunaan baju kurung moden adalah amat popular di kalangan anak-anak muda pada zaman sekarang. 

Hal ini akan memberikan nafas baharu kepada dunia fesyen untuk mencipta lebih banyak koleksi pakaian yang bermutu, menarik dan kreatif. 

Oleh itu, kami akan sentiasa memastikan agar Fana Couture dapat memenuhi citarasa dan kehendak daripada para pelanggan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *