Setelah tahu bacaan huruf hijaiyah, selanjutnya perlu belajar hukum tajwid. Di dalam Alquran sendiri terdapat banyak jenis hukum bacaan tajwid yang harus kita perhatikan agar dapat membaca dengan betul dan tidak mengubah maksud. Berikut ini jenis-jenis hukum bacaan tajwid yang perlu kita tahu.

1. Jenis-jenis Hukum Bacaan Tanwin atau Nun Mati

Hukum tajwid untuk bacaan tanwin adalah hukum bacaan nun mati bertemu dengan salah satu huruf-huruf berikut ini:

– Izhar Halqi

Izhar halqi adalah hukum bacaan apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan Alif atau Hamzah, Kha’,’Ain, Ha’, Ghain, Ha’. Cara mengucapkan izhar halqi harus jelas.

– Idgham Bighunnah

Hukum bacaan yang melebur dan disertai dengungan atau bererti memasukkan salah satu huruf nun mati atau tanwin ke dalam huruf Nun, Mim, Wau, Ya’.

– Idgham Bilaghunnah

Idgham Bilaghunnah bermaksud melebur tanpa dengung atau huruf nun mati atau tanwin bertemu huruf Lam dan Ra’.

– Iqlab

Iqlab adalah suatu hukum bacaan Alquran yang terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan satu huruf saja yaitu huruf Ba’.

– Ikhfa Haqiqi

Ikhfa berarti menyamarkan, hukum bacaan ini berlaku apabila huruf nun mati atau tanwin bertemu huruf Ta’, Tha’, Jim, Dal, Dzal, Zay, Sin, Syin, Sod, Dhod, Fa’, Qof, Kaf.

2. Hukum Bacaan Mim Mati

Hukum bacaan ini pertemuan mim mati dengan huruf tertentu sebagai berikut.

– Ikhfa Syafawi

Ikhfa syafawi bukan nun mati yang bertemu dengan huruf ikhfa melainkan huruf mim mati yang bertemu dengan huruf Ba’.

– Idgham Mimi

Idgham mimi atau idgham mutamasilain terjadi ketika huruf mim mati bertemu dengan huruf mim dan cara melafalkan bacaannya tersebut adalah membaca huruf mim rangkap mendengung.

– Izhar Syafawi

Hukum bacaan ini terjadi jika mim mati bertemu salah satu huruf hijaiyyah selain huruf mim dan huruf ba’. Izhar Syafawi harus dilafazkan dengan jelas.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua!

Anda mahukan bimbingan lanjut untuk lebih cepat belajar mengaji dan hukum tajwid?

Boleh rujuk pakar, Azdan Quranic Center untuk anda cepat mahir dalam menguasai kaedah dan teknik membaca al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *