5 punca sakit tumit kaki paling biasa dialami

1. Berat badan yang berlebihan

Antara punca sakit tumit utama bagi seseorang individu adalah kerana mempunyai berat badan berlebihan.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan daripada indeks jisim badan sihat (Body Mass Index, BMI) yang bersesuaian dengan diri anda, ini bermakna secara tidak langsung anda memberikan bebanan berat yang berlebihan kepada tumit kaki anda.

5 punca sakit tumit kaki paling biasa dialami

1. Berat badan yang berlebihan

Antara punca sakit tumit utama bagi seseorang individu adalah kerana mempunyai berat badan berlebihan.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan daripada indeks jisim badan sihat (Body Mass Index, BMI) yang bersesuaian dengan diri anda, ini bermakna secara tidak langsung anda memberikan bebanan berat yang berlebihan kepada tumit kaki anda.

2. Pemakaian kasut yang tidak bersesuaian

Tabiat gemar memakai kasut yang bertumit tinggi pastinya sudah menjadi sebagai antara punca yang boleh menyebabkan sakit tumit kaki.

Sebenarnya pemakaian kasut tumit tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan bagi seseorang individu wanita.

Ini kerana ia akan mengganggu postur badan individu tersebut yang mengakibatkan ia menjadi tinggi atau berjengket sepanjang pemakaian kasut bertumit tinggi.

Namun, malangnya, pemakaian kasut tumit tinggi dilihat sebagai satu lambang yang mendefinisikan erti elegan bagi seorang individu wanita.

3. Terdapat kecederaan pada tumit kaki

Sekiranya anda mempunyai sebarang kecederaan pada tumit kaki, ia boleh menjadi antara punca sakit tumit yang dialami.

Kewujudan retakan yang menyebabkan tekanan pada tulang tumit merupakan kecederaan paling kerap untuk berlaku.

Ia menjadi faktor kepada kesakitan yang melibatkan ketegangan pada otot, tulang dan ligamen pada bahagian tumit yang akhirnya menyebabkan anda merasa sakit.

4. Tumit terseliuh menyebabkan kaki sakit

Situasi apabila anda secara tiba-tiba mengalami tumit yang terseliuh juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada tumit.

Ia bukanlah satu kecederaan yang serius dan boleh sembuh. Tetapi ia akan mengambil sedikit masa, dalam anggaran lebih kurang seminggu untuk pulih.

Namun dalam tempoh tersebut, pastikan anda menjaga setiap pergerakan kaki anda untuk mengelakkan ia daripada menjadi lebih serius atau kronik.

5. Sindrom terowong tarsal

Pada bahagian kaki, dikatakan terdapat satu terowong yang mana di dalamnya terdapat saraf yang menghubungkan bahagian tapak kaki.

Sekiranya saraf pada bahagian tersebut terhimpit disebabkan oleh beberapa masalah atau keadaan, bahagian tapak kaki yang turut melibatkan tumit akan mengalami kesakitan.

UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT BERKENAAN SAKIT TUMIT SILA KLIK DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *