Surah Al-Kahfi adalah surah ke-18 dalam Al-Quran yang terdiri dari 110 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyah. Ada beberapa kelebihan dari membaca surah Al-Kahfi, diantaranya:

  1. Dipancarkan cahaya untuknya antara 2 Jumaat
  2. Terselamat daripada fitnah Dajjal
  3. Turunnya ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat
  4. Menceritakan realiti kehidupan sebenar
  5. Ikhtibar untuk menghadapi ujian dan fitnah akhir zaman

Sesungguhnya, belajar mengaji itu adalah suatu amalan mulia yang dituntut agar setiap muslim sedar ianya sebahagian tugas mereka untuk menjaga agama.

Keistimewaan yang terdapat dalam Al-Quran menjadikannya kitab suci untuk umat Islam. Kitab terakhir yang datang kepada Nabi Muhammad daripada Allah yang berkuasa adalah Al-Quran.

Oleh itu, Al-Quran merupakan pedoman serta pegangan bagi seluruh umat Islam di dunia.

Sekurang-kurangnya dalam satu hari cuba dapatkan 1 muka surat untuk dibaca. Jadikan amalan mengaji Al-Quran sebagai amalan seharian kita.

Ketahuilah betapa banyaknya kelebihan membaca al-Quran yang kita akan dapat. In Sha Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *