Apa Itu Demam Campak

Demam campak adalah disebabkan oleh virus measles

Setiap kali terkena jangkitan ini, ia akan disertai dengan jangkitan pernafasan dan ruam pada kulit. 

Penyakit ini sangat mudah berjangkit kepada individu lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung yang keluar oleh individu yang dijangkiti virus itu ketika bercakap, batuk mahupun bersin.

Apa Itu Influenza

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti saluran pernafasan. 

Penyakit Influenza juga turut dikenali sebagai flu iaitu penyakit bawaan udara  mudah berjangkit dan berupaya menjadi wabak. 

Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Tahukah anda bahawa terdapat 2 jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus influenza A dan influenza B?

Virus influenza A terbahagi kepada pelbagai jenis berdasarkan struktur protein yang terdapat pada virus, contohnya influenza A H1N1 dan H3N2.

Influenza A adalah satu-satu yang berupaya menyebabkan pandemik atau wabak di seluruh dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 2009 (H1N1). 

Apa Itu G6PD?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah.

Masalah kekurangan enzim ini punca utama anak yang terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan ataupun makanan tertentu akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. 

Ini dinamakan proses hemolisis. Ia menyebabkan pesakit kekurangan darah. 

Oleh sebab itu, bayi baru lahir yang disahkan menghidapi penyakit G6PD perlu dipantau dalam wad kerana mereka berpotensi mendapat penyakit kuning (jaundis).

Jangan panik! 

Walaupun tiada rawatan spesifik untuk menghilangkan penyakit ini daripada tubuh, si anak masih boleh menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan normal (selagi dia tidak didedahkan kepada pencetus hemolisi). 

Apa Itu HFMD?

Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit. 

Ia disebabkan oleh virus daripada kumpulan coxsackie enterovirus terutamanya virus coxsackie A16. 

Virus ini menyebabkan lepuh pada tangan dan kaki, dalam mulut serta di kawasan ‘nappy’.

Apa Itu Ekzema?

Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit gatal yang disebabkan keradangan dan kulit sensitif. 

Ia tergolong dalam jenis penyakit yang diwarisi keluarga ataupun dikenali sebagai penyakit atopik. Selain ekzema, penyakit atopi lain adalah asma, resdung dan gatal mata.

Penyakit ini selalunya terjadi pada bahagian lutut, pertengahan siku, pergelangan tangan dan muka. 

Ekzema bermula dengan lepuh kecil yang mempunyai cecair di atas kulit yang tebal dan ianya berwarna merah. 

Cecair tersebut akan mengalir keluar apabila lepuh tersebut pecah. Pesakit diminta untuk mendapatkan rawatan doktor sekiranya masalah semakin teruk.

Dengan ini selain segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, produk natural TROPIKA Baby Herbal Cream adalah pilihan yang mampu memberi kelegaan kepada pesakit.

Baby Herbal Cream ini mengandungi kandungan natural yang memberikan rasa selesa buat bayi. 

Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta herba-herba tropika. 

Ia adalah salah satu cara menghilangkan batuk, selsema, kahak, nafas berbunyi (lelah), sakit perut, angin dan juga membantu si bayi sendawa selepas menyusu.

Ia juga amat berkesan setelah membuat urutan pada bayi dengan minyak urut seperti baby oil.

Info tambahan:

Set Tropika Hair Booster Box  ini merupakan set wajib ada buat bayi yang baru lahir demi mengatasi masalah kulit kerak kepala dan akan lebatkan rambut bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *