1. Pastikan saiz yang betul

Sebelum membuat pembayaran, pastikan anda semak dahulu ukuran saiz untuk baju kurung raya pilihan anda. 

Ini adalah benda utama dalam pemilihan setiap pakaian, lebih-lebih lagi jika anda membeli secara dalam talian.

Pastikan anda tahu saiz dan ukuran badan sendiri. 

Ini kerana setiap jenama mempunyai potongan baju dan saiz yang b erbeza. 

Anda tidak boleh menganggap saiz baju kurung moden anda adalah sama untuk semua jenama.

2. Material yang digunakan

Anda perlu pandai memilih material pakaian yang sesuai. 

Elakkan memilih material fabrik yang terlalu tebal atau terlalu nipis. 

Kelemahan pembelian dalam talian adalah anda tidak boleh memegang dan mencuba barangan yang dikehendaki

Fabrik yang terlalu nipis pula akan ternampak jarang, manakala fabrik yang terlalu tebal pula akan membuatkan anda panas. 

Terutamanya kaum perempuan yang sibuk menyediakan jamuan makanan serta melayan tetamu. 

Sudah pasti anda berasa tidak selesa, bukan?

Sebaiknya, pilihlah fabrik yang serap peluh. 

Oleh itu, pastikan anda periksa dahulu material baju yang dipilih sebelum klik butang checkout. 

3. Perbezaan warna dalam gambar dan realiti

Kadang-kadang, warna baju yang dibeli tidak sama dengan warna yang ditunjukkan dalam gambar. 

Perkara ini sudah biasa berlaku apabila membeli pakaian di mana-mana platform online.

Anda perlu lebih berhati-hati semasa membeli. 

Jadi, pastikan anda baca dulu review daripada pelanggan sebelumnya mengenai warna dan material baju yang dipilih.

Dengan ini, anda boleh membuat perhitungan sama ada mahu meneruskan pembelian baju tersebut atau tidak.

4. Periksa perincian atau ‘details’ kecil pada baju

Kadang-kadang pasti ada perincian kecil yang mungkin anda terlepas pandang semasa membeli barang secara dalam talian. 

Contohnya seperti kedudukan zip atau butang yang tidak sesuai dengan anda.

Baju yang mempunyai aksesori atau labuci pada baju mungkin tidak beberapa sesuai untuk digayakan oleh anda yang ada anak kecil. 

Lebih selesa lagi apabila anda memilih baju yang kids friendly atau corak yang minimum.

5. Bandingkan harga

Menjelang Aidilfitri tahun ini, pasti akan ada banyak butik online yang mengadakan promosi besar-besaran. 

Contohnya seperti Zalora, Poplook, Fashion Valet dan banyak lagi. 

Setiap tahun tidak sah kalau tiada jualan hari raya diadakan.

Selain diskaun dan promosi lain, ada juga butik yang menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan mereka. 

Semuanya terpulang kepada anda untuk membuat pilihan bijak untuk membeli baju raya anda.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan baju kurung raya tahun ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *